SETUP

Sdn Bhd atau Sendirian Berhad ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah jenis syarikat liabiliti terhad. Pemegang saham di mana syarikat merupakan entiti sah dari segi undang-undang. Pemegang saham juga tidak mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang piutang bisnes. Aset pemilik bisnes tidak boleh digunakan untuk bayar hutang dan liabiliti bisnes.

Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu diikuti sekiranya ingin daftar syarikat Sdn bhd:

Daftar Sdn bhd 1: Lantik setiausaha syarikat sdn bhd

Sebarang proses pendaftaran menjadi lebih mudah apabila seorang setiausaha syarikat telah dilantik. Setiausaha syarikat sdn bhd mestilah seorang individu yang berlesen dan mempunyai pengalaman luas dalam menjalankan tugas-tugas pematuhan akta syarikat. Mereka akan menerangkan pelbagai proses daripada pendaftaran hinggalah pengurusan syarikat sdn bhd.

Daftar Sdn bhd 2: Sediakan maklumat pendaftaran

Semasa hendak mendaftarkan syarikat, terdapat beberapa maklumat yang perlu diberi kepada setiausaha syarikat. Pertama, nama syarikat sdn bhd. Nama yang diberi mestilah unik dan jelas merujuk kepada syarikat. Peniaga juga diingatkan untuk mengelakkan penggunaan perkataan khusus seperti “Malaysia”, “persekutuan” dan “sultan” kerana perkataan sebegini dilarang untuk nama syarikat. Penggunaan pelbagai bahasa dalam nama syarikat yang didaftarkan juga tidak digalakkan.

Kedua, berikan maklumat berkaitan bisnes seperti aktiviti utama bisnes, alamat operasi, e-mel dan nombor telefon. Setiausaha syarikat sdn bhd akan membantu peniaga dalam memilih kod bidang daftar sdn bhd yang bersesuaian yang bersesuian dengan aktiviti bisnes.

Ketiga, berikan maklumat berkaitan pengarah. Pengarah merupakan individu yang menjalankan operasi syarikat. Bagi melayakkan seseorang itu bergelar pengarah syarikat, individu tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas dan bebas daripada status muflis. Dibawah Akta Syarikat 2016, syarikat boleh ditubuhkan dengan minimima hanya seorang pengarah.

Keempat, berikan maklumat berkaitan pemegang saham syarikat. Pemegang saham merupakan pemilik syarikat sdn bhd. Namun begitu, mereka tidak menjalankan operasi secara langsung dengan tanggungjawab operasi diserahkan kepada pengarah yang dilantik. Pemegang saham juga boleh melantik dan memecat pengarah syarikat melalui mesyuarat agung.

Daftar Sdn Bhd 3: Mulakan proses pendaftaran.

Selepas semua maklumat yang diminta telah diberikan kepada setiausaha syarikat, proses daftar sdn bhd dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh dimulakan. Kebiasaannya, proses pendaftaran mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja.

LIMA KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

Semasa mendaftar syarikat, sesetengah peniaga memilih mendaftarkan entiti mereka di bawah enterprise. Ia dilihat lebih mudah untuk memulakan perniagaan dengan kos yang berpatutan. Begitupun, ia bukanlah pilihan terbaik untuk peniaga yang mahu melangkah jauh dalam dunia perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka. Lebih moleh mendaftarkannya di bawah nama Sdn bhd kerana ia mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:

  • Kredibiliti yang kukuh

Pihak pembekal, bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi syarikat sdn bhd berbanding entiti perniagaan lain seperti pemilikan tunggal atau perkongsian. Ini menjadikan syarikat lebih mudah mendapatkan pinjaman, merebut peluang mendapatkan tender kerajaan atau mendapatkan pembekal yang berkualiti.

  • Liabiliti terhad

Pemilik syarikat hanya akan berdepan kerugian modal selepas melaburkannya ke dalam syarikat. Andainya syarikat diisytiharkan muflis oleh mahkamah, mana-mana aset yang didaftarkan di bawah nama pemilik syarikat tidak akan terjejas kerana pemilik syarikat dan syarikat adalah entiti yang berbeza.

  • Kesinambungan

Sekiranya pemilik syarikat ditimpa musibah, pegangan saham boleh dijual atau ditukar kepada pemilik baru. Ini memastikan operasi syarikat dapat diteruskan dan  mengelakkan ia daripada dibubarkan dan terjerumus dalam masalah pewarisan harta pusaka.

  • Potensi perniagaan

Syarikat sdn bhd mempunyai potensi lebih besar untuk berkembang berbanding syarikat pemilikan tunggal. Ini kerana syarikat sdn bhd sentiasa diaudit sekaligus menunjukkan mereka telus dalam menjaga status kewangan mereka. Ini turut memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk melabur dalam syarikat.

Maklumat lanjut mengenai daftar Sdn Bhd

Pendaftaran Sdn Bhd (Serendah dari RM 1498, Siap dalam 5 hari bekerja)
https://upgrade2sdnbhd.com/

Info Lanjut Mengenai Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd
https://infosyarikat.com/

Maklumat Penting Daftar Sdn Bhd
https://malaysiabiz.net/10-info-daftar-sdn-bhd/

Entiti lain perniagaan di Malaysia
https://edaftarsdnbhd.com/contoh-syarikat-sdn-bhd/

Cara daftar Sdn Bhd Online
https://daftarsdnbhdonline.com/

Panduan memilih nama syarikat
https://edaftarsdnbhd.com/10-panduan nama syarikat/

Scroll to Top